(3) Sains Dan Teknologi
- India juga dikenali sebagai negara yang berkembang pesat dari segi teknologi dan sains terutamanya di negara Asia.
- Sebagai bukti, Perusahaan Teknologi yang besar seperti Motorola, Nokia dan Hewlett-Packard mempercayai ilmuan India untuk merancang software dan multimedia feature pada produk-produk mereka.
- Kemajuan India, di bidang sains dan teknologi ini tidak lepas daripada peranan perdana Menteri pertama India iaitu Jawaharlal Nehru. Beliau merupakan pendorong utama rakyatnya untuk menguasai bidang sains dan teknologi.
- Pada awal pembentukan Indian Institute of Technology (IIT), sebahagian besar alumni menjadi penganggur kerana kurangnya peluang pekerjaan di India sehingga mereka harus merantau ke Indonesia dan Eropah untuk mendapatkan pekerjaan dari segi bidang mereka.
- Apabila peluang pekerjaan di India telah terbuka luas, sejak liberalisasi ekonomi tahun 1990-an, para ilmuan yang mahir dalam bidang mereka telah kembali ke negara asal untuk mengaplikasikan ilmu kemahiran mereka demi membangunkan India
- Pada tahun 2008, pemerintah India dan Jerman telah mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.
Rajah 1: Berikut merupakan Indian Institute Of Technology Delhi
(4) Pendidikan
- Sebelum 1990-an, India merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, tetapi lebih daripada 40% penduduknya hidup di bawah 1 dolar AS sehari
- Kebanyakan rakyat India terkenal dan mendapat tempat dalam organisasi antarabangsa.
- Hal ini demikian kerana, negara India telah melahirkan beberapa pemenang nobel, malah kemajuan India dalam ilmu pengetahuan dan teknologi telah diakui dunia.
- Sejak awal kemerdekaan India, perkembangan pusat pendidikan tahap universiti telah berkembang dengan begitu pesat walaupun ketika itu India dibayangi kemiskinan dari masa ke semasa.
- Selepas tiga tahun India mencapai kemerdekaan, (tahun 1951) Parlimen India telah menetapkan Institusi Teknologi India di Karagpur sebagai pusat keunggulan nasional.
- Sebanyak 30% mereka yang mahir dan berpengetahuan luas telah berhijrah dan berkerja di Amerika Syarikat. Hal ini membangkitkan kebimbangan kepada negara India akan kekekurangan cendekiawan.
- Ini menunjukkan bahawa mereka pergi berhijrah bukan sekadar berkerja namun mereka mengumpul ilmu dan cara orientalis Barat untuk dipraktikkan dalam negara mereka sendiri.
Kesimpulan
Kesimpulannya, India telah membuktikan kepada dunia bahawa dengan kerjasama antara rakyat dan pemerintah merupakan satu tunjang kekuatan untuk memajukan negara mereka lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi.

Good job👏👏👏
ReplyDeletePenuh maklumat Yang bernas. 👍
ReplyDeletebahan bacaan yabg menarik, penuh info yang berguna
ReplyDeletegood job.isi yang padat dan menarik.tq
ReplyDeleteisi yang jelas dan dapat difahami
ReplyDelete