FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA INDIA
(1) EKONOMI PASAR BEBAS
(Rajah 1.0) P.V Narasimha Rao-Prime Minister of India [1991-1996]
(Rajah 1.1) Gambaran Ekonomi Pasar Bebas
- Sejenis sistem ekonomi yang mana harga dan kuantiti barangan atau perkhidmatan ditentukan sendiri oleh penjual dan pembeli.
- Tiada pihak lain yang masuk campur dalam urusan perniagaan (kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya dalam perniagaan)
- Sebelum tempoh 1990-an, pemerintahan India merupakan bentuk pemerintahan yang sosialis, di mana kegiatan pasar dihadkan dan dipegang oleh pemerintahan Narasimha Rao (Perdana Menteri India ketika itu)
- Sejak tahun 1991, India telah membuka pasarannya secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan pengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing.
- Pada awal tahun 1991, Narasimha Rao telah membuka luas pintu untuk pelaburan asing. Hal ini telah menghasilkan kemajuan yang dramatik yang membayangi keberhasilan India.
(2) MERITOKRASI
- Suatu sistem kerajaan aristokrat atau oligarki atau organisasi lain yang mana perlantikan yang dibuat terhadap individu untuk dijadikan sebagai barisan kepemimpinan adalah berdasarkan kebolehan dan kecerdasan dan merit yang ditunjukkan individu tersebut menerusi pengunaan peperiksaan keinstitusian.
(Rajah 2.0) Pembahagian Sistem Kasta di India
- India mengamalkan sistem kasta, di mana sistem ini dibahagikan kepada empat kumpulan kasta secara rasmi yang terdiri daripada Brahmin, Kesatria, Vaisya, dan golongan hamba.
(Rajah 2.1) Doktor Bhimrao Ambedkar
- Doktor Bhimrao Ambedkar ialah tokoh India pertama yang menghapuskan sistem kasta dan beliau menjadi semangat meritokrasi dalam kalangan rakyat di India
- Prinsip meritokrasi merupakan prinsip yang sederhana yang mengatakan bahawa setiap individu dalam masyarakat adalah sumber daya yang berpotensi, oleh sebab itu, semua anggota masyarakat berhak dan harus merebut peluang untuk memajukan diri.
- Konsep ini menegaskan bahawa tidak ada seorang pun anggota masyarakat yang boleh dipandang rendah dan mundur. Hal ini telah diterapkan oleh masyarakat India itu sendiri setelah sekian lama mempertahankan sistem feudal.
- Hasilnya, setiap masyarakat di India didorong untuk memajukan diri mereka sendiri dan seterusnya membangunkan negara mereka yang tercinta.




Bgus kemas, mudah difahami , padat , isi yang lengkap. Tingkatkan usaha lagi. Good
ReplyDeleteWowww huyooo
ReplyDelete🤔🤔🤔
DeleteWowww huyooo
ReplyDeletegood info.tq
ReplyDeletesangat menarik
ReplyDeletekeep going
ReplyDelete