CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
Monday, 7 October 2019
Sunday, 6 October 2019
Thursday, 26 September 2019
GKB 1053 & GCI 1022 [ INDIA SEBAGAI KUASA BARU EKONOMI DUNIA ]
PENGENALAN
- India terletak di Asia Selatan bersempadan dengan Bangladesh, Myanmar, China, Bhutan, Nepal dan Pakistan.
- Diseberang laut Lautan India ialah Sri Lanka dan Maldives.
- Nama India berasal dari nama tempatan Sungai Indus.
- Merupakan negara ke-2 yang tepadat dengan seramai 1000 juta lebih penduduk yang terdiri daripada seratus agama dan bahasa yang berbeza.
- India juga merupakan negara ekonomi ketiga yang terbesar di dunia.
- India dan Pakistan pernah menjadi sebuah negara yang besar namun berpecah selepas penjajahan British.
- Sebuah negara yang mempunyai sumber alam yang pelbagai.
- Tenaga kerja yang ramai.
KEMUNDURAN INDIA
- Pada tahun 1858 hingga 1947 negara India dijajah oleh British.
- Sebagai bukti berdirinya English East India Company pada tahun 1660.
- Faktor negara India yang mempunyai tanah yang subur dan sumber alam yang pelbagai menjadikan India sebagai negara rebutan kuasa-kuasa barat. Antaranya Perancis, Portugal, Denmark dan Belanda.
- Tahun 1947, negara India telah mencapai kemerdekaan.
- Oleh kerana krisis ekonomi yang berlaku pada peperangan ke-2, British telah menarik diri dari negara India.
- Walaupun telah mencapai kemerdekaan, negara India tetap masih lagi dipandang sebagai negara yang miskin akibat kepadatan penduduk yang terlalu ramai.
- Banyak kemalangan, banjir dan musibah yang menimpa negara India pada ketika itu, malah kemiskinan penduduk India terjadi di mana-mana sahaja.
- Pada tahun 1990 terajadi pula perpecahan di antara India dan Pakistan disebabkan oleh kesan penjajahan British.
- Sejak dari situ berlaku permusuhan dan konflik yang berpanjangan antara India dan Pakistan sehingga kini.
- Malah kebanyakan penganut agama Islam yang menetap di India telah berhijrah ke Pakistan dan penganut agama Budha kebanyakannya yang berada di Pakistan juga telah berhijrah ke India.
KEBANGKITAN INDIA
- Kesatuan Soviet Union merupakan asas kukuh bagi reformasi dasar luar India.
- Namun pada tahun 1991, Kesatuan Soviet telah mengalami kejatuhan dan kejatuhan ini menyebabkan India menjalinkan kerjasama dengan "East Asian Tiger" untuk mengembangkan jaringan kerjasama ekonominya.
- Perdana Menteri India iaitu Narishima Rao juga memainkan peranan dalam kebangkitan India.
- Narishima Rao telah mengubah ekonomi India dari sosialisme kepada kapitalisme.
- Tahun ini juga, India telah mengejutkan dunia akibat kepantasan dan pencapaian yang besar dalam pertumbuhan ekonomi negara.
- Bermula dari situ, rakyat di negara India memainkan peranan yang besar dalam membangkitkan kembali negara mereka dan menjadikan ia sebagai negara yang berpotensi di mata dunia.
- Rizab pertukaran India telah meningkat daripada 5.8 bilion USD pada tahun 1991 kepada 247 bilion USD pada tahun 2007.
- India mempunyai KDNK keempat terbesar di dunia dengan jumlah sebanyak 4.156 trilion USD.
- Pada akhir 90-an India telah berjaya menjadi kuasa baru ekonomi dunia.
Rujukan
- Chow, G. C. (2004). Economic Reform and Growth in India. Annals of Economic And Finance, (5), 127-152.
- International Monetary Fund (IMF). (2006). World Economic Outlook. Washington D.C.
- India Kuasa Baharu Ekonomi Dunia. (n.d). Muat turun daripada http:// dwnekonomi.dbp.my/wordpress//?p=312
FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA INDIA
(1) EKONOMI PASAR BEBAS
(Rajah 1.0) P.V Narasimha Rao-Prime Minister of India [1991-1996]
(Rajah 1.1) Gambaran Ekonomi Pasar Bebas
- Sejenis sistem ekonomi yang mana harga dan kuantiti barangan atau perkhidmatan ditentukan sendiri oleh penjual dan pembeli.
- Tiada pihak lain yang masuk campur dalam urusan perniagaan (kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya dalam perniagaan)
- Sebelum tempoh 1990-an, pemerintahan India merupakan bentuk pemerintahan yang sosialis, di mana kegiatan pasar dihadkan dan dipegang oleh pemerintahan Narasimha Rao (Perdana Menteri India ketika itu)
- Sejak tahun 1991, India telah membuka pasarannya secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan pengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing.
- Pada awal tahun 1991, Narasimha Rao telah membuka luas pintu untuk pelaburan asing. Hal ini telah menghasilkan kemajuan yang dramatik yang membayangi keberhasilan India.
(2) MERITOKRASI
- Suatu sistem kerajaan aristokrat atau oligarki atau organisasi lain yang mana perlantikan yang dibuat terhadap individu untuk dijadikan sebagai barisan kepemimpinan adalah berdasarkan kebolehan dan kecerdasan dan merit yang ditunjukkan individu tersebut menerusi pengunaan peperiksaan keinstitusian.
(Rajah 2.0) Pembahagian Sistem Kasta di India
- India mengamalkan sistem kasta, di mana sistem ini dibahagikan kepada empat kumpulan kasta secara rasmi yang terdiri daripada Brahmin, Kesatria, Vaisya, dan golongan hamba.
(Rajah 2.1) Doktor Bhimrao Ambedkar
- Doktor Bhimrao Ambedkar ialah tokoh India pertama yang menghapuskan sistem kasta dan beliau menjadi semangat meritokrasi dalam kalangan rakyat di India
- Prinsip meritokrasi merupakan prinsip yang sederhana yang mengatakan bahawa setiap individu dalam masyarakat adalah sumber daya yang berpotensi, oleh sebab itu, semua anggota masyarakat berhak dan harus merebut peluang untuk memajukan diri.
- Konsep ini menegaskan bahawa tidak ada seorang pun anggota masyarakat yang boleh dipandang rendah dan mundur. Hal ini telah diterapkan oleh masyarakat India itu sendiri setelah sekian lama mempertahankan sistem feudal.
- Hasilnya, setiap masyarakat di India didorong untuk memajukan diri mereka sendiri dan seterusnya membangunkan negara mereka yang tercinta.
FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA INDIA BERSERTA KESIMPULAN
(3) Sains Dan Teknologi
- India juga dikenali sebagai negara yang berkembang pesat dari segi teknologi dan sains terutamanya di negara Asia.
- Sebagai bukti, Perusahaan Teknologi yang besar seperti Motorola, Nokia dan Hewlett-Packard mempercayai ilmuan India untuk merancang software dan multimedia feature pada produk-produk mereka.
- Kemajuan India, di bidang sains dan teknologi ini tidak lepas daripada peranan perdana Menteri pertama India iaitu Jawaharlal Nehru. Beliau merupakan pendorong utama rakyatnya untuk menguasai bidang sains dan teknologi.
- Pada awal pembentukan Indian Institute of Technology (IIT), sebahagian besar alumni menjadi penganggur kerana kurangnya peluang pekerjaan di India sehingga mereka harus merantau ke Indonesia dan Eropah untuk mendapatkan pekerjaan dari segi bidang mereka.
- Apabila peluang pekerjaan di India telah terbuka luas, sejak liberalisasi ekonomi tahun 1990-an, para ilmuan yang mahir dalam bidang mereka telah kembali ke negara asal untuk mengaplikasikan ilmu kemahiran mereka demi membangunkan India
- Pada tahun 2008, pemerintah India dan Jerman telah mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.
Rajah 1: Berikut merupakan Indian Institute Of Technology Delhi
(4) Pendidikan
- Sebelum 1990-an, India merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, tetapi lebih daripada 40% penduduknya hidup di bawah 1 dolar AS sehari
- Kebanyakan rakyat India terkenal dan mendapat tempat dalam organisasi antarabangsa.
- Hal ini demikian kerana, negara India telah melahirkan beberapa pemenang nobel, malah kemajuan India dalam ilmu pengetahuan dan teknologi telah diakui dunia.
- Sejak awal kemerdekaan India, perkembangan pusat pendidikan tahap universiti telah berkembang dengan begitu pesat walaupun ketika itu India dibayangi kemiskinan dari masa ke semasa.
- Selepas tiga tahun India mencapai kemerdekaan, (tahun 1951) Parlimen India telah menetapkan Institusi Teknologi India di Karagpur sebagai pusat keunggulan nasional.
- Sebanyak 30% mereka yang mahir dan berpengetahuan luas telah berhijrah dan berkerja di Amerika Syarikat. Hal ini membangkitkan kebimbangan kepada negara India akan kekekurangan cendekiawan.
- Ini menunjukkan bahawa mereka pergi berhijrah bukan sekadar berkerja namun mereka mengumpul ilmu dan cara orientalis Barat untuk dipraktikkan dalam negara mereka sendiri.
Kesimpulan
Kesimpulannya, India telah membuktikan kepada dunia bahawa dengan kerjasama antara rakyat dan pemerintah merupakan satu tunjang kekuatan untuk memajukan negara mereka lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi.
Subscribe to:
Comments (Atom)






